Ruam Lampin Yang Perlu New Mom Tahu

Posted by admin 19/10/2017 0 Comment(s)

 

"Mengapa anak/cucu anda alami RUAM LAMPIN?"

 

Ruam merah, berkilat & berbintik dibahgian kulit yg ditutupi lampin spt kemaluan, punggung, celah kangkang, lipatan kulit & paha dan gatal dinamakan RUAM LAMPIN.

 

Bagaimana ruam lampin berlaku.

 

  1. Kerana Air kencing/ Najis taik terlalu lama dlm lampin.  Amonia dlm kencing /najis dlm lampin tu merosakan lapisan perlindungan semula jadi kulit baby yg nipis & gebu. Kulit jadi merah & keradangan/ irritasi. Klu di jangkiti kuman, kulit dipenuhi ruam bertampok2 berkilat & bintik2 berisi air bisa atau NANAH. Klu dijangkiti KULAT ( Candida Albican) kulit terjadi tampuk2 putih lagi gatai.
  2. Kerana Lampin yg dipakaikan terlalu ketat, udara kurang masuk. Ruam terjadi di celah paha atau di bahagian gisiran getah lampin ibubapa kena pilih saiz lampin yg betul.
  3. Kulit baby ALAHAN kepada bahan kimia ( bhn cuci lampin) & Brand lampin pakai buang yg tak sesuai.

 

Apa yang perlu dilakukan?

  1. Tukar lampin secara kerap & letak krim pelindung kulit yg ada ZINC OXIDE. Guna NYSTATIN CREAM klu kulitnya infeksi kulat. Pastikan bayi anda bersih & kering.
  2. Gunakan air suam/air biasa untk cuci punggung bayi selepas buang air kecil atau besar.
  3. Lepas cuci najis bayi, biarkan baby tu tanpa lampin seketika untk menggalakkan pengudaraan & pengeringkan kulit bayi.
  4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung/ tepung ubi / bedak krn ia menggalakkan pertumbuhan bakteria & kulat....menerukkan lagi ruam lampin.
  5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
  6. Boleh Gunakan sabun lembut  tanpa pewangi  atau tisu sapuan bayi. Elak guna tisu basah beralkohol.

 

Cuba kita sendiri pakai lampin dan kencing dlm lampin tu, agak2 berapa lama boleh bertahan? Macam tu la ape yang baby rasaCredit: 
Credit: Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim

Write a Comment