Bagaimana Urutan Ditapak Kaki Dapat Membantu Mengurangkan Kesakitan Kepada Bayi Untuk Seketika

Posted by admin 25/07/2017 0 Comment(s)

 

Refleksologi adalah amalan Cina sejak beribu tahun lagi yang baru-baru ini menjadi popular di dunia Barat. Ia adalah rawatan yang tidak invasif untuk banyak penyakit, tetapi ia juga boleh menenangkan bayi yang menangis. Memandangkan bayi tidak dapat memberitahu sakit yang dihidapi, jadi mereka bertindak balas terhadap sakit fizikal dengan menangis, dengan refleksologi ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Bayi lebih sensitive kepada sentuhan, buktinya, apabila bayi menangis, kita dukung dan sapu-sapu dibelakangnya akan membuatkan bayi tersebut tenang seketika, jadi, teknik refleksologi adalah teknik yang sangat sesuai digunakan untuk bayi.

Terdapat beberapa sebab bayi menangis. Berikut adalah perkara biasa yang menyebabkan bayi menangis:

  • Mengantok atau keletihan
  • Lampin basah atau kotor
  • Kelaparan
  • Bunyi yang terlalu bising
  • Kolik, refluks asid, atau alahan makanan
  • Sakit

Refleksologi berfungsi dengan cara menekan titik titik tertentu di tapak kaki dan membantu dalam banyak masalah kesihatan. Oleh itu, amalan ini sesuai untuk bayi-bayi untuk menghentikan mereka menangis sekiranya terdapat masalah kesihatan.

Berikut adalah bagaimana untuk menggunakan tekanan pada titik-titik tertentu pada kaki bayi yang dapat membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan

Abdomen atas dan bawah

Bahagian tengah kaki dibahagikan kepada dua, dimana bahagian belah atas menghubungkan kepada perut, urut di bahagian ini dapat membantu masalah pencernaan seperti sakit ulu hati.

Separuh bahagian lagi pula dapat membantu masalah seperti kembung dan sembelit

 

Dada

Bahagian atas kaki yang menyentuh tanah menghubungkan bahagian dada. Urut bahagian ini akan merawat selesema, batuk kronik, dan kesesakan dada, disebabkan pengumpulan kahak. Kajian mengesahkan bahawa refleksologi merawat semua bentuk congestion.

 

Sinus

Pusat kaki di tengah jari kaki dikaitkan dengan sinus, jadi menekannya akan mengurangkan masalah sinus, seperti hidung berair, dan masalah pernafasan,.

 

Pelvis

Tumit kaki dikaitkan dengan pelvis, maka urut akan menenangkan ketegangan otot dan masalah postur. 

 

Kepala \ Teeth

Mengurut jari kaki akan merawat masalah yang dikaitkan dengan gigi dan kepala, dan ia akan menenangkan kesakitan di telinga atau gigi.

 

Plexus solar

Plexus solar ialah kumpulan saraf di antara perut dan paru-paru, dan kesakitan di kawasan ini sukar ditentukan kerana terlalu banyak saraf. Urutan di bahagian tengah kaki ini dapat membantu mengurangkan kesakitan di plexus solar.

 

Walau bagaimanapun, amalan refleksologi ini hanya akan menenangkan bayi untuk seketika sahaja, rawatan lanjut perlu diambil kira.

Write a Comment