Let-Down Reflex (LDR) bagi Ibu Menyusu

Posted by admin 09/03/2016 1 Comment(s) Breastfeeding,

Apa itu Let-Down Reflex (LDR) bagi Ibu Menyusu?

Kali ini Mak Tot nak kongsi tentang LETDOWN REFLEX dari sudut PENYUSUAN SUSU IBU, apa tu??? jangan tersilap ia bukanlah suatu penyakit berjangkit.

Letdown reflex (commonly referred to as breast pain) atau pun rasa tidak selesa di buah dada pada satu-satu ketika semasa bayi sedang menyusu.

Ianya adalah situasi biasa bagi kebanyakan ibu  yang mengamalkan penyususan susu ibu. Semasa bayi menghisap puting ibu, hormon oxcytocin merangsang otot pada buah dada untuk memerah keluar susu. Letdown reflex berlaku kira-kira dua minit selepas bayi menghisap puting. Secara saintifiknya sila tengok gambar di bawah.

let down reflex

Amalan penyusuan susu ibu yang berjaya sangat bergantung kepada letdown reflex yang betul.

Kredit: Wikipedia.

Sesetengah ibu tidak menyedari letdown reflex, sesetengah pula merasakan letdown reflex seperti kehangatan atau sesemut. Bagi ibu-ibu yang sensitive letdown reflex, boleh mengeluarkan susu tepat pada masa menyusu. Bagi ibu-ibu yang mengalami letdown reflex yang tidak terkawal boleh merembeskan susu hanya dengan mendengar tangisan bayi walaupun semasa bayi tidak menyusu.

Fungsi Let Down Reflex

  • Memastikan pengaliran pengeluaran susu yang lancar kepada bayi
  • Memastikan breast menjadi kosong sepenuhnya

Poor Let DoWn Reflex

  • Pengeluaran susu semasa bayi menyusu tidak banyak dan tidak memancut2.
  • Bayi mula meragam dan tidak seronok menyusu
  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya dan ianya boleh menyebabkan masalah seperti milk duct (Bengkak susu), dll.
  • Membuatkan ibu memberikan Susu Formula kepada anak.

Tak tau macam mana nak dapatkan LDR? Jangan pening kepala, tak perlu susah hati. Mak Tot akan kongsikan dengan mudah tentang letdown reflex.

CARA UNTUK MENDAPATKAN LDR

Sebelum Menyusu/ Mengepam    

  • Mandi dan bersihkan badan dengan air suam
  • Berada dalam keadaan tidak tertekan (stress), rileks dan bertenang
  • Minum air suam
  • Memasang muzik yang anda gemari atau instrumental songs yang tenang
  • Mengepam/Menyusukan bayi anda di dalam keadaan yang selesa, sunyi dan tempat yang anda biasa.
  • Urut payudara perlahan-lahan atau tuam payudara anda dengan tuala lembap yang direndam dengan air suam
  • Skin-to-skin (Sentuhan kulit-ke-kulit) dengan bayi anda (sekiranya ingin menyusukan anak)
  • Duduk dengan keadaan yang selesa untuk mengepam atau menyusu, atau Menyusu dalam keadaan baring

Cara dapatkan LDR semasa Menyusu / Mengepam:

  • Bernafas dengan tenang, tarik nafas dalam dan lepaskan secara perlahan dan rasakan relaxation pada diri anda.
  • Berzikir atau membaca al-Quran semasa menyusu atau mengepam
  • Bagi yang mengepam, bawa gambar bayi anda, dan lihat gambar anak anda, kemesraan, kecomelan, atau tengok gambar baby di handphone anda
  • Boleh juga bawa barang bayi anda, contohnya baju dan cium bau pakaian bayi anda
  • Sambil mengepam atau menyusu, anda boleh mengurut secara lembut breast anda. urut di sekeliling aerola.
  • Visualization (Membayangkan dan merasakan sendiri tanda-tanda LDR atau membayangkan susu anda keluar dengan laju dan memancut mancut.

TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENDAPAT LET DOWN REFLEX (LDR). Antaranya:

  1. Rasa kesemutan atau seperti kebas atau akan berasa sedikit sakit di bahagian breast anda,  bermula dari bawah ketiak dan kemudian menghampiri hingga ke bawah puting. Tandanya hormon sedang berkerja keras untuk mengeluarkan susu.
  2. Susu memancut keluar atau mengalir keluar laju dari puting sebelah lagi. Anda boleh lihat ketika baby menyusu.
  3. Anda boleh mendengar baby anda menelan susu dan boleh melihat suction baby menjadi slowww tapi mendalam sedutannya.
  4. Susu keluar dengan sendirinya apabila melepasi waktu menyusu. Mungkin bayi sedang nyenyak tidur
  5. Letdown reflex yang kuat menyebabkan susu keluar dengan laju dan boleh menyebabkan bayi tersedak. Berhati-hati.
  6. Rasa kekejangan yang pada rahim terutama kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.

Letdown reflex penting untuk memastikan pengeluaran bekalan susu yang secukupnya untuk bayi. Antara tanda-tanda bayi menyusu dengan cukup:

  1. Minum degan puasnya, kekenyangan sampai tertidur. Bayi tidak banyak meragam.
  2. Naik berat badan dengan tetap (konsten)
  3. Buang air kecil 6-8 kali sehari
  4. Buang air besar 2-5 kali sehari

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para ibu untuk mendapatkan LDR, antaranya:

  1. Pastikan bayi anda melekap (latch) dengan sempurna ketika meyusu. Dalam keadaan letdown reflex yang kuat, susu akan keluar dengan terlalu banyak dan laju hingga boleh menyebabkan bayi tersedak dan menangis. Lebih sedih lagi apabila bayi menolak untuk menyusu ibu.Namun apabila bayi melekap dengan sempurna ketika sedang menyusu, menghisap puting dengan betul dia dapat mengawal pengeluaran susu hanya pada kadar yang diperlukannya.
  2. Jika ibu lebih selesa atau bayi lebih gemar menyusu dari sebelah puting sahaja, pastikan ibu pam sebelah lagi bagi melaraskan letdown reflex secara semulajadi. Amalan ini memastikan letdown reflex semulajadi yang perlu untuk bekalan susu yang cukup. Ibu boleh pam serentak semasa bayi menyusu atau pun sebaik sahaja bayi selesai menyusu.
  3. Perkara yang paling penting dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu ialah keselesaan semasa menyusu. Bayi yang selesa akan melekap dengan sempurna dan ibu yang selesa akan teruskan menyusu bayi selama yang perlu, mungkin hingga mencecah tempoh dua tahun. Pastikan semasa menyusu, walau di mana sahaja tempatnya, apa juga ketikanya, ibu fokus pada bayi, tenang dan teruja serta mengenakan pakaian yang selesa.
  4. Perkara yang sama paling penting juga ialah keselesaan semasa mengepam susu dan juga menyusukan bayi anda di luar rumah terutamanya di public (shopping mall, taman permainan, Nursing Room yang tidak biasa pergi). Pernah alami keadaan stress sorok-sorok menyusukan anak di tempat awam? Situasi ini pasti sahaja mengganggu letdown reflex yang sepatutnya. Lebih mudah jika anda dapat menyusukan anak anda dengan BAJU MENYUSU SELAK KHAS yang mempunyai ciri-ciri NURSING IN PUBLIC FRIENDLY dan juga mempunyai BUKAAN MENYUSU SELAK yang mudah dan cepat untuk menyusukan anak anda, tidak perlu berlari-lari mencari nursing room atau surau dalam keadaan stress , tidak perlu mencari-cari nursing cover dan anak mula meragam semasa menyusu kerana panas di tutup oleh nursing cover. Semua ini boleh mengganggu anda untuk mendapatkan LDR.

PENYUSUAN SUSU IBU bukanlah perkara yang mudah namun sangat berbaloi, jangan ambil mudah demi bayi tersayang terutama dalam tempoh enam bulan pertama usia bayi. Degan ilmu dan amalan yang betul penyusuan susu ibu sangat memberi kepuasan dan membahagiakan.

Bagaimanapun Mak Tot nak ingatkan letdown reflex adalah sangat berbeza dengan nipple sore, perit pada puting yang disebabkan puting merekah, luka dan sebagainya. Mak Tot kongsikan tentang nipple sore di lain kali, insyaAllah.

1 Comment(s)

adra:
14/10/2016, 11:43:45 AM
Reply

Ooo macam ni ke Reflex.. susah nak dapatkan LDR ni masa mengepam.. kena pepeeeling lebih dulu hehehe

Write a Comment