Hamil Ketika Masih Menyusui Anak? Apa Yang Anda Perlu Tahu

Posted by admin 16/12/2016 0 Comment(s) Kehamilan,Breastfeeding,

Mesti ramai dikalangan kita yang pernah atau sedang melalui keadaan hamil ketika bayi masih kecil dan menyusu. Pernah dengar tak orang mengatakan betapa bahaya menyusu ketika hamil? .Ketika pertama kali saya tahu tentang kehamilan kedua saya, perasaan saya bercampur-baur, kerana ketika itu saya masih menyusu anak sulung saya yang pada waktu itu baru berusia satu tahun.

Pada waktu itu saya dijengah dengan pelbagai persoalan dan pendapat umum. Malah ada juga yang mengatakan agak bahaya menyusu ketika hamil. Tak lupa juga ada yang memberitahu jika menyusu ketika hamil anak sulung mungkin menjadi degil, nakal malah ke-cacingan. Pekara-pekara tersebut nyata terkesan malah menganggu kehidupan seharian saya selepas itu. Namun nyata apa yang diberitahu tidak sama dengan apa yang sepatutnya kita tahu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menyusu ketika hamil dan si ibu terus menyusukan kedua-dua bayi selepas kelahiran atau juga dikenali sebagai Tandem nursing ternyata mempunyai manfaatnya tersendiri. Adalah sangat normal untuk seorang ibu merasa gusar untuk menyusukan anak ketika hamil. Malah ada juga ibu yang sanggup memberhentikan penyusuan bayi sedia ada lebih awal dari sepatutnya kerana hamil. Sebenarnya banyak persoalan dan jawapan yang anda perlu tahu tentang penyusuan ketika hamil dan tandem nursing. Antaranya:

  1. Adakah selamat untuk menyusukan anak ketika hamil?

Ya, menyusu dan kehamilan selalunya sangat bersesuaian: Selagi anda merasa anda mampu menyusukan bayi anda ketika hamil anda boleh meneruskannya. Malah saya pernah bertanya kepada doktor pakar wanita yang ketika itu merawat saya tentang hal ini, beliau sangat menyokong penyusuan ketika hamil.

Namun ada beberapa pekara yang anda perlu titikberatkan memanadangkan ketika menyusu badan kita akan menghasilakn Oxytocin (sejenis hormone yang menyebabkan kontraksi), anda mungkin akan merasa kontraksi Braxton Hicks yang sedikit kuat dari biasa.

Untuk kehamilan yang rendah risikonya hal ini tidak menjadi masaalah malah sehingga tempoh kelahiran (selalunya antara minggu ke 38) , oxytocin mungkin langsung tidak memberi kesan kepada uterus anda. Tetapi, untuk kepastian adalah sangat di sarankan pada anda untuk berbincang dengan doctor anda.

  1. Adakah hormon kehamilan menganggu proses penyusuan?

Ya. Kehamilan mungkin memberi kesan kepada proses penyusuan kerana mungkin anak anda tidak menyukai rasa susu anda ketika hamil. Malah ada juga yang merasa tidak selesa untuk menyusu ketika hamil disebabkan rasa ngilu dan pedih dibahagian puting. Namun, susu anda masih selamat untuk anak anda.

  1. Adakah benar sesorang itu boleh mengalami keguguran disebabkan penyusuan ketika hamil?

Anda mungkin pernah mendengar tentang ini. Namun jangan gusar kerana tiada bukti yang menunjukkan penyusuan meningkatkan risiko keguguran.

  1. Adakah jumlah akan terjejas ketika hamil?

Mungkin, tetapi tidak sehingga pertengahan trimester kehamilan anda. Anak anda mungin atau tidak menyedari perubahan kuantiti susu anda atau perubahan dari segi konsistensi atau rasa susu anda memandangkan ketika hamil colostrum akan terhasil.

  1. Boleh anak anda menyusu selepas kelahiran?

Ya, boleh. Anda boleh terus menyusukan kedua-dua anak anda,  malah,  jumlah susu anda juga akan bertambah mengikut permintaan kedua-dua anak anda.

 

Kesimpulanya disini anda tidak perlu gusar. Teruskan penyusuan anda walaupun anda hamil. Tidak berbahaya menyusu ketika hamil akan tetapi anda sendiri perlu melihat tidak balas badan anda. Memang benar agak sukar untuk ketika seorang ibu untuk berhenti menyusukan anak yang masih kecil, namun jika anda merasa tidak mampu, jangan rasa bersalah untuk memberhentikan susu kepada anak anda yang sedia ada. 

Write a Comment