Bagaimana Demam Kuning Boleh Terjadi?

Posted by admin 25/10/2017 0 Comment(s)

 

"Anak anda Demam Kuning? Apa tu  ‘Neonatal Jaundice’ (NNJ)?"

 

‘Neonatal’ maksud bayi baru lahir hingga umur sebulan je.  ‘Jaundice’  maksud bayi anda kelihatan ‘kuning’.

 

A. Mengapa bay kelihatan kuning?

 

Warna kuning (NNJ) pd kulit, mata putih & tisu mukosa mulut bayi krn ‘bilirubin’ lebih tinggi drp normal dlm darah baby. Level Normal Bilirubin baby kena rendah drp 5 mg/dL (86 umol/L)

 

Bilirubin terdapat dlm sel darah merah baby. Bilirubin ditapis oleh hati/liver & bilirubin dikeluarkan dlm najis yg memberi najis tu warna KUNING.

 

B.Lebih 60% baby yg baru lahir kena NNJ/Kuning. (6 drp 10 kelahiran). Lebih 90% baby PREMATURE kena NNJ. Selalu dilihat terjadi pd usia baby 2-3 hari setelah kelahiran krn:

 

1. Proses semulajadi tubuh baby ‘memecah' sel-sel darah merah yg ‘lama’ (digunakan baby sejak dlm kandungan= Hb F) akan  terbebaskan  le bilirubin banyak/tinggi dlm darah baby terjadi NNJ.  Hb F ni digantikan dgn sel darah merah baru= Hb Alfa Beta yg ada pd kita semua.

 

2.Fungsi hati/liver baby yg BELUM matang menyebab UNCONJUGATED bilirubin tinggi dlm darah baby sbb bilirubin tu tak dpt diproses hati ke najis baby jadi le NNJ. Najis baby TAK warna KUNING tpi warna PUCAT.

 

 SUSU IBU dpt mempercepatkan UNCONJUGATED bilirubin dibuang drp baby anda. JANGAN BAGI SUSU KAMBING kpd baby anda!!!

 

C. Dua jenis rawatan, bergantung pd tahap bilirubin di dalam darah.

 

1. Phototherapy dgn lampu UV (ultraviolet) jika total serum bilirubin baby lebihi 250 μmol/l ( 15 mg/dL).

Ia adalah sumber cahaya biru dgn jarak gelombang (wavelength)  450 nm mengizinkan bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untk dikeluarkankan drp badan baby ke sluran najis.

 

2. Proses pertukaran darah / ‘exchange transfusion’ :dilakukan sekiranya rawatan lampu tak berjaya mengurangkan paras bilirubin ( > 350  μmol/l /> 22mg/dL) adalah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan & diganti dgn darah baru yg diambil dari bank darah dlm 5-6jam.

 

Sekiranya baby masih kelihatan kuning pd umur baby 14 hari bagi baby matang & 21 hari bagi baby pra matang...pemeriksaan lanjut dijalankan untuk cari PATHOLOGY nya.

 

D. **PERHATIAN: Komplikasi NNJ.

Tahap bilirubin daripada sel darah merah(unconjugated bilirubin) yg terlalu tinggi akan memasuki sel otak serta menjadi kuning & merosakanya. Keadaan ni di panggil KERNICTERUS.

Ini boleh menyebabkan baby menjadi lumpuh, pekak atau buta, sawan, cacat kekal otak atau mati.

 

Sumber: Dr. Abdul Rahim

Write a Comment