Cara Penyimpanan Susu Ibu

Posted by admin 20/02/2016 4 Comment(s) Breastfeeding,
Salam ceria buat pengunjung blog CikNursing.com. Alhamdulillah, jerebu satu Malaya sudahpun berlalu. Kita dirahmatiNya dengan hujan lebat hampir setiap hari. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi, pasti stok perahan susu ibu (EBM) semakin hari semakin bertambah, konsisten adalah kuncinya. Semakin bersemangat untuk menyusu apabila melihat bayi semakin membersar dengan sihat. Satu perkara penting yang Mak Tot nak kongsikan kali ini ialah cara penyimpanan susu ibu yang betul. Bukan hanya penting untuk ibu berkerja tetapi juga untuk ibu-ibu di rumah yang ingin memastikan tempoh penyusuan susu ibu yang panjang sekurang-kurangnya selama dua tahun. Jangan sampai stok susu rosak, bukan hanya membazir malah boleh memudaratkan bayi. Bukan mudah untuk mengumpul stok EBM untuk bayi tersayang, itu anugerah yang Allah rezekikan buat si comel.

Dalam proses penyimpanan susu ibu, Terdapat bermacam-macam bekas yang digunakan untuk mengisi EBM, sama ada botol plastik atau linear beg (pastikan alatan plastik yang digunakan adalah BPA free).

Ada ibu-ibu yang hanya menggunakan plastik ais krim untuk meyimpan stok EBM.

 Kredit adilasri.blogspot.my

Cara ini mungkin agak leceh kerana ibu-ibu perlu menyukat kuantiti yang diperlukan oleh bayi untuk sekali minum dan tuangkan ke dalam plastik. Hati-hati kerana plastik ini tidak steril, jadi hanya gunakan untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas.

  Kredit supplementuntuksemua.blogspot.my

Ada juga ibu-ibu yang menggunakan bekas dadih untuk menyimpan stok EBM tetapi hanya sesuai digunakan semula sebanyak 3 kali. Hati-hati jangan sampai jatuh kerana penutupnya mudah tanggal dan susu mudah tumpah. Bekas dadih yang telah dibekukan juga mudah pecah jika jatuh. Mungkin agak leceh juga kerana perlu disukat kuantiti EBM yang diperlukan bayi untuk sekali minum sebelum dituang ke dalam bekas untuk disejukkan atau dibekukan.

Di sini Mak Tot senaraikan antara ciri-ciri pemilihan bekas penyimpanan stok EBM yang sesuai untuk peoses penyusuan susu ibu yang lebih efektif dan selamat.

   Credit centralmedical.co.uk and madela.com

Pemilihan botol penyimpanan susu ibu yang bagus:

  • Botol plastik BPA free adalah lebih sesuai berbanding botol kaca.
  • Botol susu yang mempunyai cakera penutup (disc seal).
  • Botol khusus untuk mengisi dan menyimpan EBM.
  • Untuk lebih mudah pilih saiz botol yang muat dipadankan dengan jenis pam yang digunakan.
  • Mudah disimpan di dalam peti ais atau freeze tetapi mengambil ruang yang besar.
  • Mudah dipanaskan kerana bekasnya stabil dan tidak terbalik apabila susu mencair.
  • Penuhkan hanya ¾ daripada isipadu botol kerana susu seperti juga cecair lain kan mengembang semasa dibekukan.
  • Pilih saiz botol yang sesuai untuk sekali minum untuk mengelakkan pembaziran.

  Credit

 

 

 

 

 

 

 

bellybelly.com.au, mommasihat.net

Pemilihan liner bag yang bagus untuk penyimpanan susu ibu:

  • Liner bag tanpa BPA.
  • Menggunakan bahan bergred perubatan yang telah pre-sterile dan kalis bocor.
  • Kalis tumpah (spill proof) – mempunyai dual-zip (double zipper seal)
  • Permukaan yang mudah untuk dituliskan label
  • Bag linear yang boleh berdiri (self-standing) – mempunyai tapak bergalur (fluted bottom)
  • Tegakkan bag di dalam freezer sehingga beku.
  • Penuhkan sehingga ¾ isipadu bag kerana kandungan susu di dalam bag akan mengembang semasa proses sejuk beku.
  • Pilih saiz yang sesuai untuk sekali minum untuk mengelakkan pembaziran kerana susu yang telah dicairkan hanya boleh digunakan dalam tempoh 4 jam pada suhu bilik dan selebihnya perlu dibuang.
  • Menggunakan linear bag untuk penyimpanan stok susu sangat menjimatkan ruang berbanding botol susu.
  • Menjimatkan masa kerana susu di dalam linear bag lebih cepat cair berbanding di dalam botol.
  •  

Menggunakan linear bag yang pump-friendly seperti gambar di bawah adalah satu bonus kerana menjadikan aktiviti memerah susu sangat mudah. Set lengkap mempunyai rak simpanan yang sangat sesuai untuk kegunaan dalam peti sejuk atau freezer yang mempunyai ruang yang terhad. Alatan yang disertakan membolehkan ibu-ibu pam terus ke dalam bag dan kemudiannya boleh juga menyusu bayi terus dari bag tersebut tanpa perlu dipindahkan ke dalam botol menyusu.

Kredit kiinde.com

 

Pemilihan bekas yang sesuai sangat penting untuk memudahkan ibu menguruskan rutin penyusuan bayi yang mudah dan selesa.

Susu yang diperah di rumah oleh terus di simpan sama ada di dalam peti ais, di tempat sejuk beku atau di dalam deep freezer bergantung kepada kerperluan bayi dan bekalan stok semasa.

TIPS. Susu yang diperah pada hari yang sama boleh dicampurkan. Pastikan suhunya sama. Caranya, sejukkan sebentar di dalam peti ais dan campurkan dengan susu yang telah diperah lebih awal di dalam peti ais.

Bagaimanapun jika susu diperah di luar rumah seperti di pejabat, di tempat kursus/seminar, ketika outstation dan sebagainya pastikan tempoh masa berada di luar dan peralatan yang sesuai yang perlu digunakan bagi memastikan susu tersebut dalam keadaan yang baik.

Jika terdapat kemudahan peti ais, simpan susu yang telah diperah di dalam peti ais untuk simpanan sementara, bukan di tempat sejuk beku. Susu yang telah dibekukan tidak boleh dibekukan semula walaupun hanya cair sedikit. Oleh itu susu beku yang telah cair tidak bole hdisimpan sebagai stok. Pastikan susu disimpan di bahagian dalam peti ais jauh dari pintu untuk memastikan suhu kekal sejuk. Ketika selesai waktu pejabat masukkan stok susu ke dalam cooler bag berserta pek ais yang tahan sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam selama tempoh perjalanan pulang. Semak stok susu di rumah sama ada perlu untuk kegunaan hari itu dan besoknya atau simpankan di tempat sejuk beku atau deep freezer untuk kerperluan akan datang.

TIPS. Pastikan setiap bekas dilabelkan tarikh dan masa susu diperah. Untuk memudahkan baby-sitter anda, labelkan juga nama bayi comel anda pada bekas susu tersebut.

Jika tiada kemudahan peti sejuk, pastikan ibu-ibu menggunakan cooler bag dan pek ais yang tahan sejuk sehingga sekurang-kurangnya 12-18 jam untuk simpanan susu sepanjang hari tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah, sama seperti tadi semak stok sedia ada sama perlu disimpan untuk kegunaan segera atau dijadikan stok untuk kegunaan akan datang.

TIPS. Pastikan susu yang dikumpulkan dalam satu botol adalah cukup untuk sekali minum. Sebagai contoh, sekiranya keperluan seharian bayi ada ketika anda berada di luar ialah 4 botol (4 kali minum). Jikan anda dapat kumpulkan 4 botol pada hari tersebut, simpan 3 botol di dalam peti ais untuk kegunaan esok dan 1 botol di dalam freezer sebagai stok akan datang. Keluarkan sebotol lagi dari dalam freezer dan pilih susu yang paling lama berada di dalam freezer. Letakkan botol tersebut di dalam peti ais, susu beku itu akan mencair untuk mencukupkan kerperluan bayi untuk hari esok. Dengan cara ini, bayi masih mendapat bekalan susu yang segar dengan nisbah 3:1 walaupun anda bekerja.

 

 

 

 

 

 

 

Jangka hayat stok simpanan susu ibu berbeza-beza mnegikut cara kita mengendalikannya. Susu yang baru diperah atau susu beku yang telah cair boleh tahan pada suhu bilik selama 4 jam (mengikut suhu di negara kita Malaysia). Susu beku yang telah cair dan tidak dipanaskan boleh disimpan semula di dalam peti ais selama 24jam. Walaubagaimanapun, susu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti ais. Oleh itu susu yang tidah habis diminum boleh dibiarkan untuk diminum semula kemudian tetapi perlu dibuang selepas 4 jam.

Susu yang akan digunakan dalam masa beberapa hari boleh disimpan di dalam peti ais jauh dari pintu dan tahan selama 5 hari.

TIPS. Hanya simpan stok susu yang akan digunakan untuk 2 atau 3 hari di dalam peti ais. Selebihnya simpan sebagai stok di dalam freezer. Susu yang tidak digunakan selepas 5 hari di dalam peti ais boleh dipindahkan ke freezer untuk dijadikan stok sejuk beku.

  Kredit babycenter.com, parenting.com

 

 

 

 

 

 

 

EBM yang disimpan di dalam freezer peti ais satu pintu tahan selama 2 minggu. Selebihnya simpan di dalam deep freezer untuk dijadikan stok sejuk beku.

Manakala EBM yang disimpan di dalam freezer peti ais 2 pintu tahan selama 3 hingga 6 bulan.

  Kredit azurahanuar.wordpress.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika EBM disimpan di dalam deep freezer, stok EBM anda boleh tahan selama 6 hingga 12 bulan.

 Kredit singaporemptherhood.com

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara ringkas, sila rujuk rajah di bawah untuk mengetahui tempoh hayat bagi penyimpanan susu ibu.

 

Cara-cara mencairkan susu beku (frozen EBM).

Ini adalah proses yang penting dalam penyususan susu ibu bagi memastikan bayi diberikan susu yang berkhasiat. Cara pengendalian susu ibu yang salah boleh mencemarkan susu malah merosakkan nutrien susu. Susu ibu yang disimpan beku paling baik dikeluarkan daripada freezer sehari sebelum digunakan, diletakkan di dalam peti ais bahagian hadapan dan dibiarkan cair semalaman. Cairkan stok EBM yang paling lama disimpan beku.

TIPS. Jangan biarkan susu beku cair pada suhu bilik kerana ini boleh menyebabkan bakteria membiak.

Cara memanaskan EBM.

Pastikan EBM telah cair sepenuhnya sebelum dipanaskan. Jika EBM belum cair sepenuhnya lalukan air di atas bekas EBM sehingga EBM cair sepebuhnya sebelum memanaskannya. Apabila tiba waktu menyusu, EBM yang telah cair itu boleh dipanaskan dengan cara merendam susu tersebut di dalam bekas berisi air panas. Jika susu masih belum panas sepenuhnya, gantikan air rendaman dengan air panas yang baru. 

TIPS. Jangan gunakan air panas yang menggelegak untuk memanaskan susu ibu kerana suhu melebihi 40￿C boleh merosakkan nutrient yang terdapat dalam susu.

  Kredit toolsandapplications.com, homehealthheart.org

EBM juga boleh dipanaskan dengan lebih mudah menggunakan warmer pada suhu 40C dan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Pastikan EBM telah cair sepenuhnya sebelum dipanaskan di dalam warmer.

TIPS. Jangan panaskan EBM menggunakan microwave ataupun secara langsung di bawah api dapur kerana susu tidak akan panas sekata.

Jika terdapat dua lapisan susu terbentuk, goncangkan susu yang telah dipanaskan itu dengan perlahan-lahan untuk mencampurkannya hingga sekata. Inilah hidangan yang paling lazat dan paling berzat yang boleh ibu-ibu sediakan untuk bayi anda. Hidangan penyusuan susu ibu buat bayi tersayang!

4 Comment(s)

Cetot:
21/02/2016, 05:50:25 AM, www.nourulle.com
Reply

Artikel yang menarik sekali.

siti sarah:
19/09/2016, 11:30:36 AM, -
Reply

bagaimana jika susu yang disejukkan di ofis hendak dibawa pulang ke rumah (perjalanan dari ofis ke rumah ambil masa 10-15 minit). perlu guna beg dan ice pack atau boleh dibiarkan pada suhu bilik saja sepanjang tempoh perjalanan tersebut. mohon penjelasan. untuk pengetahuan empunya blog, jarak dari ofis ke rumah kira-kira 3km..

Nourulle Admin:
28/09/2016, 10:06:02 AM

Pengalaman saya, saya guna ice pack, masa sampai ofis saya letak icepack di peti ais ofis, so bila balik, masa last session mengepam tu terus ambik siap2 icepack masuk dalam cooler bag untuk bawak balik. Sis better guna icepack, sebab takot jalan jem ke etc atau singgah mana2..so susu kita sentiasa sejuk. :)

Norhayati:
28/09/2016, 10:45:51 AM
Reply

Kalau mcm susu yg dah dicairkan bly simpan brape lama di peti sejuk bahagian bwh?

Admin Nourulle:
17/10/2016, 05:33:25 AM

Dalam masa 24 jam sahaja sis norhayati

siti sarah:
28/09/2016, 03:25:29 PM
Reply

terima kasih admin atas perkongsian yg bermanfaat...:-)

Write a Comment