Kesilapan Penjagaan Anak Yang Menyebabkan Berat Badan Anak Yang Berlebihan

Posted by admin 26/03/2017 0 Comment(s)

Adakah anda ibu bapa? 

Yang pasti, anda sentiasa mencari tips bagaimana untuk menjaga anak-anak anda dengan cara yang sihat. 

 

Tetapi adakah anda tahu bahawa ibu bapa sendiri mungkin menjadi faktor anak-anak mereka mendapat berat badan yang berlebihan?

 

Menurut satu kajian baru, ibu bapa yang melihat anaknya mempunyai berat badan yang berlebihan dan mula melaksanakan diet untuk anaknya akan menyebabkan meningkat lagi berat badan anak mereka.


Bagaimana ini boleh terjadi? 

Kajian bertajuk "Persepsi ibu bapa kepada anak-anak mereka yang berlebihan berat badan, Dan penjagaan berat badan untuk kanak-kanak.”, yang diterbitkan dalam journal Sains Psikologi, menunjukkan bahawa ibu bapa yang melihat keadaan anaknya yang berlebihan berat badan dan memulakan diet terhadap anaknya akan menyebabkan lebih pertambahan berat badan.

Kajian yang dilakukan melibatkan 8709 keluarga. Penyelidik merekodkan berat badan dan ketinggian kanak-kanak mereka yang berumur 4 atau 5 tahun. Ibu bapa mereka diminta untuk menyatakan anggapan mereka terhadap berat badan anak-anak mereka iaitu Kurang Berat Badan, Normal atau Berat Badan Berlebihan.

Selepas anak-anak yang dipilih tersebut meningkat remaja, berat dan ketinggian mereka diambil. Dari hasil kajian ini disahkan bahawa semuanya berbeza dengan apa yang diingini oleh ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang melihat anaknya seorang yang berat badan berlebihan, dan mereka nak anak mereka untuk kurus, maka keputusan yang diperoleh adalah anaknya akan tetap menjadi seorang yang berlebihan berat badan. Oleh itu, kesilapan ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan. Para penyelidik mendapati bahawa anak-anak tidak mempunyai keupayaan yang cukup untuk memahami idea pengurusan berat badan.  Akibatnya, mereka merasakan tertekan. 

Apa yang ibu bapa boleh bantu?

Institut Diabetes dan Pencernaan Penyakit Buah Pinggang berkongsi tips pada ibu bapa bagaimana mereka boleh memperkenalkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak mereka. 

Pertama, Jadi “Role Model” yang baik. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui teladan. Di samping itu, jika mereka melihat anda makan makanan yang sihat, mereka akan ikut. 

Kedua, Berbual dengan anak anda tentang kesihatan dan bagaimana untuk menjaga kesihatan yang betul. Bincangkan faedah aktiviti fizikal. Ini akan membantu mereka memahami gambaran yang lebih besar dan sedar betapa pentingnya aktiviti fizikal iaitu senaman. Selain itu, pakar mengesyorkan, jangan jadikan kehidupan yang sihat itu hanya sebagai suatu gaya hidup, tetapi jadikan juga ianya sebagai satu matlamat hidup dalam keluarga tersebut.

Write a Comment